Cybersecurity : Selamatkah Telefon Anda Dari Ancaman
15 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini14 Ogos 2025 - NADI Felda Sungai Lui mengikuti webinar Cybersecurity : Selamatkah Telefon Anda Dari Ancaman. Webinar ini membincangkan keselamatan telefon pintar dengan menekankan ancaman seperti spyware, phishing SMS, aplikasi palsu dan penipuan e-wallet. Peserta akan didedahkan dengan kaedah perlindungan asas seperti tetapan keselamatan, kemas kini sistem, serta semakan kebenaran aplikasi. Turut disertakan demonstrasi langsung ‘phone tapping’ dan aktiviti interaktif mengenal pasti aplikasi tiruan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: